Monday, August 31, 2009

Khabar buat belia

"Pemuda itu tiang Negara" falsafah ini bukannya sembarangan tau..ayat ni macam bayangkan pemuda itu wira negara.Wira itu pulak macam pejuang yang sanggup berkorban untuk negara dan bangsa.Maksud saya wira ni bukanlah macam wira malam yang asyik merempit ditengah malam buta.Orang nak beradu dengan anak bini pun tidak boleh..asyik SIARAN TERGENDALAH aje..Kalau dulu rempit ni made in bandar-bandar besar..jooo.. tapi sekarang dah menjalar di Kota Belud pulak.Apa dah jadi mungkin"Wira malam nak jadik champions kampungan"biar patah tulang asal jangan patah semangat.Bab kuat semangat tu memang saya.. tabib bro.. tapi litar ..vrooom...tu..tempat sapi,kerabau lepak malam.Janganlah adik-adik mau mati macam katak sebab katak pun tidak rela mati terkangkang..palis-palis..

Hakikatnya belia perlu HIDUP,untuk hidup belia perlu BANGUN,untuk bangun belia perlu SEDAR,untuk sedar belia perlu KEKUATAN. Mesej dalam ucapan... YB (yang berbicara) adalah motivasi petunjuk jalan yang meniup kekuatan pada belia.

Oleh itu..Kempen-kempen kerajaan ini adalah cabaran.Cabaran itu mesti punya maklumat yang senang difahami oleh para mat belia. Kalau mat belia ni tak faham nanti jadik mat beeela pulak.Kalau mat belia dah start beeela maka akhirnya jadi mat rempit dan mat syaaabu...

Apakah ukuran peranan organisasi belia di setiap kampung ...?A).NIL B).Minimum C). Maksimum . Pemuda &Putri UMNO cawangan..memang mendominasi kewujudannya di setiap pelusuk.Persoalannya apakah peranan Ketua Pemuda Bahagian dan ketua pemuda cawangan yang dilantik.Jika peranan mereka hanya gah diwaktu pemilihan maka akibatnya tiang seri UMNO akan dimakan anai-anai.

Otak mat belia ni memang ada seribu kepelikan...kadang-kadang cakap emak bapa pun nak lawan.Istilah makan garam tidak lagi sinonim dengan mereka..jawabnya.."aku dulu makan kicap bah...sebab itu hati aku jadi hitam".Rumusannya Belia wajib didekati oleh para pemimpin..dekat dihati akan dikenang selalu...


Bagi saya..HIDUP itu adalah tanda soal dan saya sebagai belia menyarankan kawan-kawan harus tahu diri dan hafal tentang diri sendiri. saya lebih menyukai angka sebab ianya jelas dan terang .contohnya kalau nak start berniaga pisang guna sifir 1 dulu. Why… sifir 1.. sebab ianya sesuai dengan kuasa mental dan tenaga bagi golongan belia sederhana seperti saya.kalau buka goreng pisang pakai sifir 12 , itu Cuma angan-angan yang 70 peratus akan terbengkalai.Bila saya duduk semeja dengan belia,mereka memang ada cita-cita besar tapi mereka rancang bagai skim cepat kaya.SESAAT BERNIAGA BOLEH UNTUNG BESAR .itu merapuh n comform x jadi punye.. .Jalan mesti sesuai dengan tahap kefahaman dan kemampuan yang ada pada mu.Saya percaya bila dah bermula dengan keringat maka keringatnya yang jatuh itu adalah EMAS.

Cuma ini yang saya tahu dan share tentang belia kota belud

2 comments:

watasikadi said...

saya ingin menjawap sedikit beberapa persoalan tuan. keikhlasan kepimpinan merupakan salah satu kunci pembangunan belia di kota belud. cara pemikiran belia kota belud harus di ubah. siapa boleh mengubah? pemimpin yang ikhlas merupakan antara orang yang boleh mengubah belia kita kerana belia tahu pemimpin kini terutama dari UMNO yang mendominasi politik kota belud hanya merebut jawatan untuk kepentingan peribadi contohnya merebut jawatan ajk pemuda bahagian sebagai platform untuk mendapat projek dan bukan untuk menjadi pemimpin sejati. Jika ini berterusan bagaimana timbul rasa hormat kepada pemimpin seterusnya timbul rasa kesedaran. jangan hanya tahu memberi ucapan tetapi tidak mahu merasakan apa yang rakyat perlukan. Keikhlasan asas kemakmuran dan kesahteraan. 1 kota belud, gula tiada,rakyat tidak bertenaga kurang kencing manis.

ASNI1972 said...

terima kasih WATASIKADI..satu ulasan yang jujur dan ada kebenarannya.MINDA PARA PEMIMPIN MUDA KITA MESTI BERUBAH..JANGAN JADI ANAI-ANAI KPD BN..