Monday, September 7, 2009

Derita Si Anak Muda

Mengimbau dizaman kanak-kanak dahulu,sifat agresif dan manja adalah faktor yang dimiliki oleh kanak-kanak yang normal.Sifat-sifat ini memenuhi medan dengan hilai tawa dan tangisan si anak-anak kecil.Sungguh indah dunia Si anak kecil tidak perlu fikir soal tanggungjawab,soal komitmen dan soal belanja..the only one..mereka hanya tahu keseronokan.
Di sebalik alam keseronokan itu,penjaga perlu mengawasi tingkah laku si anak yang boleh membawa padah.Kaedah yang paling senang dan paling jimat kos si penjaga menyuntik virus TAKUT sebagai langkah kawalan.Suntikan virus ni hanya dengan ungkapan sebaris ayat contohnya "Hai..Si Awang !jangan kau main dalam gelap tu nanti ada hantu mata besar" atau " Hantu tu..Hantu tu...atau "nanti hantu makan kau".
Setiap kali anak-anak bersikap agresif pasti akan disuntik perkataan ini.Anak-anak dibius sehingga perkataan ini menjalar melalui urat saraf dan dijelmakan dalam bentuk ketakutan.Ketakutan memusnahkan "7 tahap keyakinan" secara perlahan-lahan.Akhirnya si anak muda membesar dalam keadaan lemah walaupun mempunyai fizikal yang kuat.
Trend media yang banyak menyogok cerita-cerita seram pula menjadi "TURBO cas" kepada virus ini.Pemangkin ini bawa untung besar kepada pembuat filem atau drama tetapi kerugian besar ada bangsa dan negara.contonya Bayangan hantu mata besar dinyatakan dengan real pada filem ,kanak-kanak yang terkena virus takut mula menutup mata dengan kedua tapak tangan dan bersembunyi di balik tubuh penjaga ..apakah ini satu fenomena biasa atau luar biasa...LU..FIKIRLAH SENDIRI bah....
TAKUT adalah duka yang panjang..Si anak muda yang pintar dan petah bercakap berubah keyakinan dirinya.Mereka sering rasa takut untuk menghadapi cabaran..contohnya bila nak berniaga yang banyak bermain diminda adalah rugi.Kenapa tak banyak fikir untung sedangkan Tuhan dah kata bahawa 90 peratus "untung" itu adalah dari hasil niaga.
Para pelajar menjadi takut semasa peperiksaan..GAGAL terbayang diminda sebelum berjuang dan ini telah melemahkan keyakinan diri si pelajar,akhirnya si pelajar tiada arah dan menemui jalan buntu.
Jelmaan bayangan hantu melalui kata-kata si penjaga menjadi imaginasi negatif terhadap pertumbuhan minda anak-anak.Imagenasi negatif terbawa kepada semua perkara yang dibuat..TIDAK BOLEH..menjadi falsafah hidup masyarakat.Falsafah ini kadang-kadang menjadi adat pada suku kaum tertentu.
Kenyataannya rasa takut pada syaitan lebih dari takutkan Allah.Fenomena ini menjadi bencana besar terhadap alam kehidupan..Virus TAKUT menjadikan hidup kita gagal di alam dunia dan mungkin juga di alam akhirat.Akhir kalam...SEBARIS AYAT MEMBAWA PADAH..SI ANAK MUDA DERITA HIDUPNYA..AYAH BONDA JUA TURUT MERANA...PADA NEGARA MENJADI BAHANA..

1 comment:

Norawi said...

kanak-kanak suka meneroka.ketakutan akan memberi kesan besar kepada mereka utk mencuba.semasa kecil perkataan 'disembunyikan oleh KOKOK'(makhluk menyesarkan) amat popular sekali bagi masyarakat Bajau di Kota Belud.Walhal KOKOK tak pernah muncul,cuma ia bertujuan untuk menakutkan kanak-kanak agar tiak bermain di waktu senja.

Cuma bila sampai ke alam remaja,ibu bapa kena bijak memantau tingkah laku mereka.