Saturday, September 12, 2009

Renungan Pemuda UMNO

Pasca pemilihan pemuda UMNO di seluruh Malaysia dah pun berakhir,,,pada zahirnya mereka adalah satu barisan yang mantap ..mereka punya ideologi,mereka punya semangat juang dan mereka punya kekuatan.kalau faktor ni bercantum, pemuda boleh menyerap segala permasalahan yang berlaku dan boleh menjadi tembok utama pada kubu UMNO.
Pada batinnya ..pemuda sangat lemah,,,dalam hati ada titik hitam yang mencemar tali persaudaraan sesama pemuda.Fokus perjuangan adalah untuk menyelesaikan persengketaan dalaman..fokus perjuangan tidak lagi pada bangsa melayu..kenapa persengketaan dalaman berlaku ? a).kuasa b) material c) bangsa

Barisan pemuda harus sedar kenapa UMNO hilang sengatnya?setiap kali pilihanraya kita dihadiahkan dengan kekalahan.Walaupun obor sudah dinyalakan sebagai pembakar semangat si muda.Jawapan harus digali demi untuk merungkai persoalan "sengat dan obor" kerana UMNO adalah parti kemerdekaan negara dan pastinya umno itu tunjang maruah orang melayu.

Kita cuba buka lembaran sejarah sebagai rujukan iaitu tentang kekalahan orang islam dalam perang uhud .

petikan dari buku Sejarah Hidup Nabi Muhammad;

1)."Barang siapa yang telah beriman kepada kebenaran.ia takkan goncang oleh kekuatan
materi,betapapun besarnya.Semua kekuatan batil yang digabungkan sekalipun,takkan dapat menggoyahkan kebulatan tekadnya itu" (m/s 323)

2)>"3000 orang pasukan berkuda Quraisy jadi hancur menghadapi serangan 600 orang muslimin "(m/s 324)

3)>"Muslimin kini mengejar musuh itu sampai mereka meletakkan senjata di mana saja asal jauh dari bekas markas mereka.Kaum muslimin sekarang mulai merebutkan rampasan perang itu.Hal ini membuat mereka lupa mengikuti terus jejak musuh,kerana sudah mengharapkan kekayaan duniawi"(m/s 324)"

mengenai kisah peperangan uhud ini..tentera nabi dahpun beroleh kemenangan dengan mengalahkan 3000 orang quraisy pada sebelah pagi.Oleh kerana tamakkan harta maka iman orang islam mulai terpesong dari cintakan islam kepada harta benda.Akhirnya tentera islam mengalami kekalahan yang teruk sehingga rasulullah pun turut tercedera.

Rumusannya ;
Pemuda umno harus ikhlas dalam perjuangan,berjuanglah kerana Allah. Cukuplah...! perang uhud jadi iktibar dan jangan jadikan kuasa dan harta jadi sandaran hati.

No comments: